SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Written on 04:42 by Sifoo Reen (810398)


PENGURUSAN DATA DENGAN MICROSOFT EXCEL

Written on 21:25 by Sifoo Reen (810398)

Hari ni rajin betul sifoo nak berkongsi pengetahuan... ;) Jom kita belajar pula cara2 nak uruskan data pelajar atau apa saja data dengan menggunakan Microsoft Excel.

Berikut adalah formula yang perlu ditaip dalam dalam sel yang ingin diletakkan formula :

TENTUKAN JUMLAH MARKAH :
=SUM(PETAK1+PETAK2)

TENTUKAN GRED :
=LOOKUP(PETAK,{MARKAH1,MARKAH2},{"GRED1","GRED2"})


TENTUKAN KEDUDUKAN DALAM KELAS
1. HIGHLIGHT SEMUA
2. KLIK 'Data' > 'Sort' (Tentukan column jumlah markah untuk tentukan kedudukan dalam kelas) > OK 

CARA UNTUK 'LOCK' DATA KITA
1. KLIK 'Home' > 'Format' > 'Protect Sheet' (Masukkan password)

Faham ke??? kalau tak, just comment di bawah, sifoo sedia membantu... insyaAllah ;)

MAIL MERGE (let's do it!)

Written on 20:51 by Sifoo Reen (810398)

Hari ni sifoo nak kongsi satu skil yang boleh diaplikasikan oleh para pendidik dalam memudahkan tugas kita seharian.

1. Klik 'Mailings' pada menu bar
2. Klik 'Start Mail Merge'
3. Taip surat anda
4. Klik 'Select Recipients' -
5. Klik 'Address Block' - edit maklumat yang anda ingin masukkan dalam surat tadi

Bersambung.... ;)

Dear Math.... ;)

Written on 23:34 by Sifoo Reen (810398)



6 Sebab Musabab Mengapa Pelajar Sering Menghadapi Masalah Dalam Menguasai Subjek Matematik.

Pemikiran yang negatif
Pelajar-pelajar seringkali menganggap subjek matematik ini susah padahal mereka belum lagi mempelajarinya. Hal ini terjadi akibat daripada pengaruh yang tidak baik daripada ahli keluarga mereka (abang @ kakak) mahupun rakan sebaya. Apabila mereka sudah mengaggap subjek matematik ini susah pada awal permulaan lagi, fikiran mereka sudah menganggap subjek matematik ini susah, bagaimana mereka mahu menguasainya? pemikiran negatif sebeginila yang sepatutnya kita sebagai pelajar buang awal-awal lagi bagi memudahkan kita menguasai subjek matematik ini.

  Tidak minat dengan subjek matematik
Inilah ungkapan yang kita seringkali dengar daripada mulut pelajar-pelajar. mereka tidak meminati subjek matematik ini kerana subjek ini dianggap susah dan mereka tidak dapat memahaminya. Apabila para pelajar tidak meminati sesuatu subjek itu, bagaimana mereka ingin menguasai subjek tersebut? Begitu juga dengan subjek matematik, para pelajar perlulah memupuk minat supaya meminati subjek matematik ini supaya apabila sudah wujud atau timbul minat terhadap matematik, kita akan bersungguh-sungguh untuk menguasainya sehingga berjaya.


Kurang latihan (MALAS)
"MALAS" merupakan sifat yang tidak dapat dibuang oleh para pelajar zaman sekarang. Para pelajar malas untuk membuat latihan matematik apabila di rumah dan ini menyebabkan mereka gagal untuk menguasai matematik akibat kekurangan latihan. Latihan yang berterusan amat penting bagi subjek matematik yang melibatkan banyak operasi pengiraan berbanding pembacaan. Subjek matematik memerlukan banyak latihan supaya para pelajar biasa dengan soalan-soalan yang dikemukakan semasa peperiksaan kelak. Apabila para pelajar kurang membuat latihan, mereka pasti akan menghadapi masalah semasa menyelesaikan masalah yang diberikan seterusnya gagal menguasai subjek matematik ini.

 Tidak memberikan sepenuh perhatian semasa di dalam kelas
Inilah yang sering berlaku di dalam kelas. Para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian mereka semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,para pelajar mestilah memberikan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas dan sekiranya terdapat kemusykilan terhadap apa yang diajarkan, mereka boleh bertanyakan terus kepada guru yang mengajar. 

 Malu bertanya kepada guru apabila tidak faham
Pelajar-pelajar seringkali mendiamkan diri apabila mereka tidak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Mereka malu untuk bertanya kepada guru apabila tidak faham. Ini kerana mereka menganggap apabila meraka bertanya kepada guru, rakan-rakan mereka pasti akan mentertawakan. Meraka juga malu untuk bertanya kerana menganggap soalan yang ditanya itu senang dan menganggap dirinya "bodoh" dan tidak tahu apa-apa. Ini seringkali terjadi dan seharusnya pelajar-pelajar elakkan dan dibuang jauh-jauh. "Malu bertanya pasti kita akan sesat mencari jalan pulang". itulah ungkapan yang sangat popular dan kita pasti akan menjadi seperti itu sekiranya kita takut untuk bertanya kepada guru masalah yang kita hadapi terutama sekali di dalam pembelajaran matematik di dalam kelas

Tidak menghormati guru yang mengajar
Kebanyakan  para pelajar sekarang ini tidak menghormati guru mereka. seharusnya kita mestilah menghormati mereka kerana merekalah yang mendidik kita daripada kita berjaya. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Sekiranya kita  tidak menghormati mereka, bagaimana kita nak mendapatkan keberkatan daripada ilmu yang telah diajarkan. Disebabkan itulah kita gagal untuk memahami atau menguasai apa yang telah diajarkan kepada kita. Walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sekalipun, kita pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, hormatilah guru yang mengajar kita supaya ilmu yang kita perolehi diberkati.


Begitulah sedikit sebanyak sebab musabab mengapa pelajar tidak dapat menguasai subjek matematik di sekolah. Justeru, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikan sebentar tadi. Renung-renungkan serta fikir-fikirkanlah apa yang telah disampaikan dan diharapkan anda semua dapat menguasai subjek Matematik selepas ini. 

Hari Ko-Kurikulum SMK Langgar 2011

Written on 08:52 by Sifoo Reen (810398)

Pada hari ini, SMK Langgar menganjurkan satu Hari Ko-Kurikulum

Tips Belajar Matematik

Written on 09:05 by Sifoo Reen (810398)

 
Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. 

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

sumber: Osman Affan,ismartstudy

Ulasan Artikel 2

Written on 08:36 by Sifoo Reen (810398)


PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM


BlogSifoo lagi sekali ingin menarik perhatian kepada satu lagi artikel menarik berkaitan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kali ini, kita fokuskan kepada penggunaannya di dalam matapelajaran Matematik. Dalam artikel ini, penulis ingin meninjaupenggunaan  Information
Communication Technology  (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di
kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

BACA ARTIKEL LENGKAP DI SINI