Written on 21:25 by Sifoo Reen (810398)
Hari ni rajin betul sifoo nak berkongsi pengetahuan... ;) Jom kita belajar pula cara2 nak uruskan data pelajar atau apa saja data dengan menggunakan Microsoft Excel.
Berikut adalah formula yang perlu ditaip dalam dalam sel yang ingin diletakkan formula :
TENTUKAN JUMLAH MARKAH :
=SUM(PETAK1+PETAK2)
TENTUKAN GRED :
=LOOKUP(PETAK,{MARKAH1,MARKAH2},{"GRED1","GRED2"})
TENTUKAN KEDUDUKAN DALAM KELAS
1. HIGHLIGHT SEMUA
2. KLIK 'Data' > 'Sort' (Tentukan column jumlah markah untuk tentukan kedudukan dalam kelas) > OK
CARA UNTUK 'LOCK' DATA KITA
1. KLIK 'Home' > 'Format' > 'Protect Sheet' (Masukkan password)
Faham ke??? kalau tak, just comment di bawah, sifoo sedia membantu... insyaAllah ;)
|
Written on 20:51 by Sifoo Reen (810398)
Hari ni sifoo nak kongsi satu skil yang boleh diaplikasikan oleh para pendidik dalam memudahkan tugas kita seharian.
1. Klik 'Mailings' pada menu bar
2. Klik 'Start Mail Merge'
3. Taip surat anda
4. Klik 'Select Recipients' -
5. Klik 'Address Block' - edit maklumat yang anda ingin masukkan dalam surat tadi
Bersambung.... ;)
|
Written on 23:34 by Sifoo Reen (810398)
6 Sebab Musabab Mengapa Pelajar Sering Menghadapi Masalah Dalam Menguasai Subjek Matematik.
Pemikiran yang negatif
Pelajar-pelajar seringkali menganggap subjek matematik ini susah padahal mereka belum lagi mempelajarinya. Hal ini terjadi akibat daripada pengaruh yang tidak baik daripada ahli keluarga mereka (abang @ kakak) mahupun rakan sebaya. Apabila mereka sudah mengaggap subjek matematik ini susah pada awal permulaan lagi, fikiran mereka sudah menganggap subjek matematik ini susah, bagaimana mereka mahu menguasainya? pemikiran negatif sebeginila yang sepatutnya kita sebagai pelajar buang awal-awal lagi bagi memudahkan kita menguasai subjek matematik ini.
Tidak minat dengan subjek matematik Inilah ungkapan yang kita seringkali dengar daripada mulut pelajar-pelajar. mereka tidak meminati subjek matematik ini kerana subjek ini dianggap susah dan mereka tidak dapat memahaminya. Apabila para pelajar tidak meminati sesuatu subjek itu, bagaimana mereka ingin menguasai subjek tersebut? Begitu juga dengan subjek matematik, para pelajar perlulah memupuk minat supaya meminati subjek matematik ini supaya apabila sudah wujud atau timbul minat terhadap matematik, kita akan bersungguh-sungguh untuk menguasainya sehingga berjaya.
Kurang latihan (MALAS)
"MALAS" merupakan sifat yang tidak dapat dibuang oleh para pelajar zaman sekarang. Para pelajar malas untuk membuat latihan matematik apabila di rumah dan ini menyebabkan mereka gagal untuk menguasai matematik akibat kekurangan latihan. Latihan yang berterusan amat penting bagi subjek matematik yang melibatkan banyak operasi pengiraan berbanding pembacaan. Subjek matematik memerlukan banyak latihan supaya para pelajar biasa dengan soalan-soalan yang dikemukakan semasa peperiksaan kelak. Apabila para pelajar kurang membuat latihan, mereka pasti akan menghadapi masalah semasa menyelesaikan masalah yang diberikan seterusnya gagal menguasai subjek matematik ini.
Tidak memberikan sepenuh perhatian semasa di dalam kelas
Inilah yang sering berlaku di dalam kelas. Para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian mereka semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,para pelajar mestilah memberikan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas dan sekiranya terdapat kemusykilan terhadap apa yang diajarkan, mereka boleh bertanyakan terus kepada guru yang mengajar.
Malu bertanya kepada guru apabila tidak faham
Pelajar-pelajar seringkali mendiamkan diri apabila mereka tidak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Mereka malu untuk bertanya kepada guru apabila tidak faham. Ini kerana mereka menganggap apabila meraka bertanya kepada guru, rakan-rakan mereka pasti akan mentertawakan. Meraka juga malu untuk bertanya kerana menganggap soalan yang ditanya itu senang dan menganggap dirinya "bodoh" dan tidak tahu apa-apa. Ini seringkali terjadi dan seharusnya pelajar-pelajar elakkan dan dibuang jauh-jauh. "Malu bertanya pasti kita akan sesat mencari jalan pulang". itulah ungkapan yang sangat popular dan kita pasti akan menjadi seperti itu sekiranya kita takut untuk bertanya kepada guru masalah yang kita hadapi terutama sekali di dalam pembelajaran matematik di dalam kelas
Tidak menghormati guru yang mengajarKebanyakan para pelajar sekarang ini tidak menghormati guru mereka. seharusnya kita mestilah menghormati mereka kerana merekalah yang mendidik kita daripada kita berjaya. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Sekiranya kita tidak menghormati mereka, bagaimana kita nak mendapatkan keberkatan daripada ilmu yang telah diajarkan. Disebabkan itulah kita gagal untuk memahami atau menguasai apa yang telah diajarkan kepada kita. Walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sekalipun, kita pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, hormatilah guru yang mengajar kita supaya ilmu yang kita perolehi diberkati.
Begitulah sedikit sebanyak sebab musabab mengapa pelajar tidak dapat menguasai subjek matematik di sekolah. Justeru, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikan sebentar tadi. Renung-renungkan serta fikir-fikirkanlah apa yang telah disampaikan dan diharapkan anda semua dapat menguasai subjek Matematik selepas ini.
|
Written on 08:52 by Sifoo Reen (810398)
Pada hari ini, SMK Langgar menganjurkan satu Hari Ko-Kurikulum
|
Written on 08:36 by Sifoo Reen (810398)
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM
BlogSifoo lagi sekali ingin menarik perhatian kepada satu lagi artikel menarik berkaitan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kali ini, kita fokuskan kepada penggunaannya di dalam matapelajaran Matematik. Dalam artikel ini, penulis ingin meninjaupenggunaan Information
Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di
kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
BACA ARTIKEL LENGKAP DI SINI
|
Written on 22:27 by Sifoo Reen (810398)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
|